Sunday 18 September 2011

kawan :)


Definisi kawan dan sahabat kadangkala dianggap mengelirukan bagi sesetengah orang kan?Sahabat adalah seorang yang setiakawan, dia boleh membantu kita apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan kita, menghilangkan kebimbangan kita dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.
Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan kita berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama kita, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita seadanya kita.Dan pada masa yang sama, kita juga mestilah bercirikan 'sahabat' kepada sahabat kita.Persahabatan yang baik adalah saling setiakawan, saling bantu membantu, saling meredakan kesedihan antara satu sama lain, saling berjuang, saling melindungi. Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik kita tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat kita adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita
Kawan pulak . . . . 
 Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan diri kita.Kita selalunya berasa seronok dan terhibur.Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.

Thank you for reading:)

No comments:

Post a Comment